WEN MY BDAY
Sewaktu orang lain bergembira menyambut Astarte - Selasa 21 Ock, entah tiba-tiba hari ini jugak hati ku terdetik untuk membuka kembali tinta2 yg pernah ku muatkan di dalam tulisan yang ndak bermakna. Terlalu banyak catatan yg tersimpan di dalamnya ... mungkin kerana terlalu banyak peristiwa penting yg berlaku pd tahun itu membuatkan ku menulisnya di dalam tulisan yang ndak bermakna. Namun ku tidak ingat alasan & mengapa catatan tersebut ditulis ... ku cuba membawa diriku kembali ke sana tp ku tidak mampu krn sudah terlalu lama ia berlalu. Semuka demi semuka ku buka, ku selak, ku belek ... ku baca setiap nasihat, luahan, sajak & gambar yang tersimpan. Namun, dalam semua catatan yg termuat di dalamnya, catatan bertarikh 13 Februari 2003 membuatkan saya termenung ... cuba membayangkan keadaan ku pada ketika itu. Kalau 5 tahun dulu ia menjadi rahsia ku, tp hari nie biarlah saya kongsikan bersama kamu semua. Inilah yg telah tertulis ....
13 Februari 2003
"Hari ini ku telah meningkat usia ke umur 18 tahun. Masa terlalu cepat berlalu sehingga ku tidak sedar bahawa ku hampir melangkah ke alam remaja yg sebenarnya. Tetapi adakah ku sudah bersedia menghadapi bentuk cabaran dan dugaan di dalam alam sebegini? Adakah ku sudah cukup matang untuk menilai kebaikan dan keburukkan? Beed, ingat pesanan kawanmu kepada kamu ini:
(1) Jangan merokok
(2) Jadilah lebih matang
(3) Cari keredhaan ibu ayah
Kau mesti cuba lakukan yg baik & elakkan yg buruk ini kata:
, Bucek ,Dop,Reco,Bychuan,Letkol, Vuri Dan Anak-anak Ma-C-Su dll."
ku tak ingat siapakah gerangan kawan yg begitu ikhlas menasihati ku pada waktu tu. Terima kasih wahai kawan. Nasihatmu sungguh menyentuh hati ku. Insya-Allah, ku akan terus istiqamah memegang nasihatmu ini & semoga ku matang dalam mendepani baki2 usia yg tinggal ... ALLAHUMMA AMIN.

Semoga ia bukan saja menjadi nasihat buat ku, bahkan kepada kamu semua ...
Nasihat yg tetap segar walaupun sudah 5 tahun berlalu. Thanks fren ... May Allah bless u.
Nasihat yg tetap segar walaupun sudah 5 tahun berlalu. Thanks fren ... May Allah bless u.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar